background

PENGENALAN AHLI


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, kami diberi tugas untuk menyiapkan sebuah blog tentang isu-isu yang berkaitan dengan sukatan dalam kursus. Melalui blog ini kami serta pelajar lain dapat menggukuhkan kefahaman tentang tajuk ini . Tugasan yang diberi ialah Kepentingan dan Kedudukan Al-Syura sebagai Prinsip Asas Pengurusan Islam. Alhamdulillah, kami telah berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang diberikan,.


AHLI:

1) NURUL AZWA BINTI MOHD. NIZAM
(16DPR15F1998)

2)NUR ATIQAH BINTI NAZMAN.
(16DPR15F1019)

3)NUR ADILIA BINTI ABD. ALI
(16DPR15F1026)

4)NURUL AUNI BINTI AB. HADI
(16DPR15F1018)

PENGENALAN

OBJEKTIF PENULISAN
  • Memahami definisi Al-Syura
  • Memahami ciri-ciri Al-Syura
  • Memahami prinsip pengurusan dalam Islam.
  • Membincangkan peranan Al-syura .
  • Mengetahui kepentingan Al-Syura .







Pendahuluan



  • Selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w. pengganti baginda dikenali sebagai khalifah

  • Empat orang khalifah yang selepas kewafatan Nabi dikenali sebagai Khalifah al-Rasyidin.Keempat-empat orang Khalifah al-Rasyidin dipilih melalui Majlis Syura.

  • Majlis syura ini wujud sejak zaman Rasullulah dan diamalkan oleh Khulafah al-Rasyidi

  • Makna syura ialah seseorang tidak menyendiri pendapatnya dan dalam persoalan-persoalan yang memerlukan kebersamaan fikiran dengan orang lain.

  • Sebagaimana musyawarah dalam suatu urusan itu dapat membuka pintu kesulitan dan memberi kesempatan untuk melihat urusan itu dari berbagai sudut, sesuai dengan perbezaan perhatian tiap individu dan perbezaan tingkat pemikiran serta tingkat pengetahuan mereka.

  •  Dengan demikian, maka keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan persepsi (tashawwur) yang sempurna dan berdasarkan keputusan yang menyeluruh.

DEFINISI AL-SYURA

  • Syura adalah satu konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam pemerintahan Islam.

  •  Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik Islam, dan atas asas ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak akan cacatnya pelaksanaan dalam mana-mana zaman. Sesungguhnya pemerintah akan bersama-sama rakyat dalam mencari penyelesaian dalam mencapai keputusan-keputusan politik dan merupakan prinsip dasar negara dan masyarakat muslim.


- Bahasa Arab : yang membawa maksud mensyuarat ,bermuzakarah dan menyelesaikan masalah .

- Istilah : Ialah perbincangan yang membincangkan sebarang perkara samada berkait rapat dengan individu atau masyarakat oleh cendiakawan dan ulama .Menghuraikan hujah hujah bagi menyelesaikan masalah tersebut dan memberi keputusan yang terbaik .





Dalil Syura  

Terdapat beberapa dalil dari al-Quran menunjukkan keatas kewajipan bersyura, antanya ialah:










Maksudnya:

" Karana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. "
(Al-Imran ,159 )




Berdasarkan firman Allah SWT daripada ayat di atas , 

        - ulama' memberikan beberapa tarsiran mengenai takrifan syura:
Al-Nasafi :Syura adalah suatu bentuk perbincangan yang membawa kepada kebenaran dan ketepatan dalam menyelesaikan masalah.












CIRI-CIRI AL-SYURA

  • Menjadi tempat rujukan untuk melaksanakan  undang-undang Allah.
  • Sebagai kuasa eksekutif pada zaman Kalifah al-Rasyidin.
  • Memilih calon khalifah, contohnya semasa perlantikan Khalifah Uthman bin  Affan.
  • Mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan khalifah jika ia gagal melaksanakan tugasnya.
  • Memberi bantuan nasihat teknikal yang berkaitan dengan perundangan.



Bilangan Ahli :
                                           
  • Bilangan ahli syura tidak ditetapkan kerana bergantung kepada keadaan.
  • Contohnya : pada zaman Rasullulah terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat dan panglima tentera.





Kelayakan Ahli :

   


  • Adil, berilmu, sejahtera anggota tubuh badan, mempunyai pemikiran yang waras dan tajam serta tahu ilmu siasah.
  • Contohnya: mempunyai visi /wawasan terhadap masa depan negara, berani dan warak.

FUNGSI AL-SYURA

Antara Fungsi Al-Syura di dalam sebuah organisasi Islam ialah :




  •  Menggubal peraturan-peraturan organisasi .
  •  Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah .
  •  Meluluskan program-program kewangan .
  •  Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan bagaimanakah cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi .
  •  Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu .
  • Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar .
  • Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan organisasi .
  • Menggunaan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura .

PERANAN AL-SYURA

  • Syura merupakan sumber rujukan dan perbincangan.

-Syura akan mewujudkan perbezaan pendapat dan pengalaman antara satu dengan yang lain dan akhirnya ia mampu melahirkan suatu keputusan yang terbaik berbanding pendapat individu.

Disebutkan oleh Allah SWT:


                                 فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ


 “Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu”. (Surah Ali-Imran 3:159)



  • Membantu dalam memantapkan pendirian .


- Dalam kehidupan Rasulullah sendiri, baginda kerap mengamalkan Syura dalam membuat keputusan. Bahkan, dalam hal keluarga baginda juga akan bermesyuarat. Sabda baginda SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib RA:
                         
          
                                   مشاورة أهل الرأي ثم اتباعهم

“(Apabila) ahli syura bermesyuarat (dalam suatu perkara), ikutlah (pandangan dari) mereka”.


-Contoh :  wujudnya Syura dalam peristiwa perang yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ ar-Rasyidin. Ibn Kathir menjelaskan bahawa, Rasulullah sendiri bermesyuarat dalam semua peperangan yang disertai baginda.



  • Menyelesaikan masalah berkaitan kerajaan .

-Di dalam sebuah organisasi semua pemimpin turut berbincang untuk menyelesaikan yang sedang dihadapi oleh sesebuah kerajaan untuk mencapai kata sepakat .

-Contoh : Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA, beliau akan memanggil para fuqaha dan pemuka-pemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar iaitu Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman ibn ‘Auf, Mu’az ibn Jabal, Ubai ibn Ka’ab dan Zaid ibn Thabit untuk menyelesaikan masalah berkaitan kerajaan beliau. Kesemua mereka telah berfatwa di zaman pemerintahan beliau.


“Bermesyuaratlah kamu semua selama tiga hari berturut-turut dan Sohaib 
sebagai imam dalam solat jemaah




-Selepas kewafatan Khalifah Umar, para sahabat telah bermesyuarat selama tiga hari berturut-turut. Akhirnya Majlis Syura sepakat berbai’ah dengan Uthman ibn Affan sebagai Khalifah umat Islam yang ketiga.

PRINSIP AL-SYURA

       Prinsip Al-Syura sangat penting di dalam sebuah organisasi dan sebagai asas pengurusan 






  •         Pentabiran dan pengurusan berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan ( Musyawarah ) dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan.
  •          Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan / pentadbiran dibuat nmelalui persetujuan hasil daripada perbincangan (Mudhakarah )
  •          Kesepakatan, kesefahaman dan kesatuan pendapat serta pendangan dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan.
  •          Menajadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas sandaran dan sumber rujukan dalam membuat pertimbangan untuk menentukan keputusan.
  •          Menggunakan kebijaksanaan hikmah dan sifat lemah-lembut ‘maw’izah’ semasa mengemukakan pendapat, pandangan dan pendirian dalam perbincangan.
  •          Keputusan dan tindakan yang diambil/diputuskan hendaklah mengutamakan kepentingan maslahat umum.
  •        Menghormati dan menghargai pandangan, pendapat sereta nasihat yang diketengahkan olah orang lain


KEPENTINGAN AL-SYURA

a) Mendekatkan rakyat dengan pemerintah

- Sesuatu keputusan musyawarah, tidak tertakluk kepada keputusan pemerintah tetapi turut mengambil kira pendapat dan pandangan dari orang-orang bawahan termasuklah rakyat .

-Kekuatan syura terletak pada kenyataan bahawa musyawarah membawa masyarakat lebih dekat antara satu sama lain dan memberi kesempatan bagi mereka untuk menyuarakan pandangan tentang permasalahan yang menyangkut masyarakat umum.
Contohnya: saling menerima pandangan masing-masing antara pemerintah dan juga rakyat.

b) Menegakkan dan menyebarkan agama Islam

-Syura juga berperanan dalam menegakkan agama Islam ke setiap pelusuk tanah air yang mengamalkan sistem tersebut.

-Islam memberi penekanan yang amat besar terhadap kosep syura,Contohnya: dalam mengendalikan urusan duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama.

-Selain itu syura juga memberi hak kepada manusia untuk berfikir dan menggunakan kebijaksanaan mereka dengan menyuarakan pendapat-pendapat mereka terhadap sesuatu masalah.Contohnya: di dalam sebuah perbincangan semua pihak berhak menyuarakan pendapat masing-masing.

c) Sebagai penasihat dalam kepimpinan Islam

-Penasihat merupakan elemen penting yang mesti wujud, dalam masa yang sama ia berperanan sebagai juru pandu sesuatu kepimpinan.

-Salah satu penasihat yang menyumbangkan kepada kecemerlangan sesebuah kepimpinan itu adalah syura.
Contohnya:  syura dilihat sebagai penasihat bagi setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang pemimpin dalam kepimpinannya dan sebagai medan perbincangan strategi dan pengkhususan kerja dalam sesebuah kepimpinan Islam.

d) Membentuk akhlak mulia dalam kepimpinan

-Syura merupakan satu konsep permesyuaratan yang melibatkan penyertaan ramai ahli, yang mana masing-masing berhak menyuarakan atau mengemukakan pendapat tanpa sebarang sekatan.

Contohnya: syura berjaya membentuk akhlak mulia di kalangan ahli majlis syura di dalam sesuatu kepimpinan dan akan lahir kalangan mereka yang berfikiran terbuka, menghormati pendapat orang lain, berpandangan positif terhadap kritikan, tidak menyakiti hati orang lain sama ada melalui perkataan dan perbuatan dan sebagainya. 

KESIMPULAN

Syura merupakan satu tuntutan agama dan pelaksanaannya beerti menyempurnakan lagi suruhan agama dan meninggalkannya beerti menjauhkan diri dari tasawwur Islam. Ini adalah kerana, memang tidak dapat dinafikan lagi kebaikan dan kelebihan yang diperolehi sebaimana yang terjadi di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Oleh kerana ini Allah s.w.t. menuntut umat Islam agar mengimplimentasikannya . Namun begitu, pelaksanaannya perlu dianggotai di kalangan mereka yang layak dan mereka inilah yang bertanggungjawab untuk merealisasikan peranan sebenar majlis tersebut. Sebagai pelajar kita juga perlu menggunakan konsep syura didalam perbincangan bersama rakan-rakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta dapat membuat keputusan .Sebagai pekerja didalam sebuah organisasi pula dapat memastikan organisasi menjalankan tugas dengan baik dan dapat menerima pandangan serta pendapat dari semua pekerja lain untuk menyelesaikan masalah .Oleh itu ,konsep syura sangatlah perlu dipraktikkan didalam setiap urusan sebagaimana firman Allah swt : 





Maksudnya :

“Dan (untuk) orang-orang yang memperkenankan seruan kepada Tuhannya dan mendirikan solat
sedang urusan mereka dengan bermesyuarat (syura)sesama mereka dan mereka menafkahkan
 sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”(Al-Syura, 42:38)

RUJUKAN

INTERNET


  •  1 Mac 2012 , Prinsip Al-Syura : http://blogsejarah940.blogspot.my/2012/01/konsep-syura.html 
  • Khamis 14 Ogos 2014,Pengurusan Islam : http://islamagama7.blogspot.my/2014/08/prinsip-pengurusan-islam.html
  • 28 September 2009 , Scribd Al-syura :  http://www.scribd.com/doc/20295260/Al-Musawah-Al-Syura#scribd 

BUKU 


  • Salmiah Bt Hassan ( 2013) , Peta Minda Visual SPM PNI Neuron, Kuala Lumpur

  • Fatimah Daud,  Pendidikan Islam Tingkatan 5 (Nota) Hasani Book ,Kuala Lumpur 

ARTIKEL

  • Utusan Malaysia ,2001 : Fatwa Majlis Syura  

Majalah


  • Karya Utusan ( Jun 2012 ) Majalah Al-Islam ,Majalah Kontemporari Islam ,Kuala Lumpur 

Temuramah 


  • Ustaz Zakaria Bin Rahman ,( 21 Januari 2016) 6.30 Petang   
  • Ustazah Asmahan Bt Hurzaid ,( 22 Januari 2016) 8.30 Pagi