- Syura merupakan sumber rujukan dan perbincangan.
Disebutkan oleh Allah SWT:
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ
“Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu”. (Surah Ali-Imran 3:159)
- Membantu dalam memantapkan pendirian .
- Dalam kehidupan Rasulullah sendiri, baginda kerap mengamalkan Syura dalam membuat keputusan. Bahkan, dalam hal keluarga baginda juga akan bermesyuarat. Sabda baginda SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib RA:
مشاورة أهل الرأي ثم اتباعهم
“(Apabila) ahli syura bermesyuarat (dalam suatu perkara), ikutlah (pandangan dari) mereka”.
-Contoh : wujudnya Syura dalam peristiwa perang yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ ar-Rasyidin. Ibn Kathir menjelaskan bahawa, Rasulullah sendiri bermesyuarat dalam semua peperangan yang disertai baginda.
- Menyelesaikan masalah berkaitan kerajaan .
-Contoh : Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA, beliau akan memanggil para fuqaha dan pemuka-pemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar iaitu Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman ibn ‘Auf, Mu’az ibn Jabal, Ubai ibn Ka’ab dan Zaid ibn Thabit untuk menyelesaikan masalah berkaitan kerajaan beliau. Kesemua mereka telah berfatwa di zaman pemerintahan beliau.
“Bermesyuaratlah kamu semua selama tiga hari berturut-turut dan Sohaib
sebagai imam dalam solat jemaah”
-Selepas kewafatan Khalifah Umar, para sahabat telah bermesyuarat selama tiga hari berturut-turut. Akhirnya Majlis Syura sepakat berbai’ah dengan Uthman ibn Affan sebagai Khalifah umat Islam yang ketiga.
No comments:
Post a Comment