Syura merupakan satu tuntutan agama dan pelaksanaannya beerti menyempurnakan lagi suruhan agama dan meninggalkannya beerti menjauhkan diri dari tasawwur Islam. Ini adalah kerana, memang tidak dapat dinafikan lagi kebaikan dan kelebihan yang diperolehi sebaimana yang terjadi di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Oleh kerana ini Allah s.w.t. menuntut umat Islam agar mengimplimentasikannya . Namun begitu, pelaksanaannya perlu dianggotai di kalangan mereka yang layak dan mereka inilah yang bertanggungjawab untuk merealisasikan peranan sebenar majlis tersebut. Sebagai pelajar kita juga perlu menggunakan konsep syura didalam perbincangan bersama rakan-rakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta dapat membuat keputusan .Sebagai pekerja didalam sebuah organisasi pula dapat memastikan organisasi menjalankan tugas dengan baik dan dapat menerima pandangan serta pendapat dari semua pekerja lain untuk menyelesaikan masalah .Oleh itu ,konsep syura sangatlah perlu dipraktikkan didalam setiap urusan sebagaimana firman Allah swt :

Maksudnya :
sedang urusan mereka dengan bermesyuarat (syura)sesama mereka dan mereka menafkahkan
sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”(Al-Syura, 42:38)
No comments:
Post a Comment